top of page

BM

Updated: Mar 14, 2020


 


 

15/03/2020


Pelaksanaan Kekayaan Kristus yang Tidak Terduga Melalui Gereja


Efe 3:9-11


1. Tuhan telah meletakkan seluruh kepenuhan-Nya di dalam gereja.

- Tuhan meletakkan pelbagai ragam hikmat di dalam gereja agar kita sebagai gereja tahu bagaimana untuk menawan dan memerintah.


1.1 Kita perlu masuk ke dalam identiti kita sebagai anak-anak Tuhan. (Rom 8:19-21)

- Seluruh makhluk menantikan saat anak-anak Tuhan dinyatakan. Dunia sedang menantikan kita untuk menyatakan diri sebagai anak-anak Allah. Kita adalah gereja yang membawa jawapan kepada dunia.


1.2 Kita membawa impak/transformasi sebagai anak-anak Tuhan.

- Apabila kita menyatakan diri kita sebagai anak-anak Allah, kita membawa turun kerajaan Tuhan di tengah-tengah dunia, membawa damai sejahtera, transformasi di mana pun kita berada.


2. Apa itu gereja?


2.1 Gereja harus menjadi yang menonjol, yang dipanggil keluar

(call out one).


- Yesus telah meletakkan kepenuhan-Nya di gereja, gereja perlu memerintah, dan tidak hanya menunggu yang lain bertindak.


2.2 Tuhan telah memberikan kuasa-Nya kepada kita dan sekarang kuasa-Nya ada di dalam kita sebagai gereja.

- Selalunya kita bingung akan kuasa Tuhan saat kita tidak melihat apa-apa baik yang terjadi dalam masalah kita.


3. Apakah yang perlu kita lakukan sebagai gereja untuk membawa impak kepada dunia?


3.1 Kita perlu memiliki perancangan.

- Gereja perlukan banyak persiapan, perlatihan untuk menjadi gereja yang memerintah.


3.2 Kita perlu berfungsi dalam sistem rahsia kerajaan Tuhan.

(1 Kor 2:6-8)

 

【SELAMAT DATANG KEPADA JEMAAT YANG BAHARU MENYERTAI KEBAKTIAN INI. SEMOGA TERUS BERTUMBUH BERSAMA-SAMA.】

 

【Pemberian Janji Iman】

Bagi jemaat yang belum mengisi borang janji iman, sila bertemu dengan Sis Natalie di belakang untuk mengambil borang.


Borang janji iman yang dikumpulkan - 170

Anggaran jumlah keseluruhan 2 tahun - RM 185,040.00

 

【PUASA 40 HARI】


Puasa 40 hari ini akan bermula pada 01 Mac (Ahad) sehingga

09 April (Khamis). Setiap pemimpin CG harus dorong semua ahli untuk mengambil bahagian dalam puasa ini mengikut tarikh yang diberikan.

 

【Kad Anggota Gereja】


Kad anggota gereja akan diberikan kepada jemaat yang telah menghantar borang keanggotaan gereja. Jika anda belum mengisi borang tersebut, anda boleh mendapatkannya dengan usher yang bertugas.

 

Kebaktian Doa Rabu Malam akan dibatalkan pada 18 Mac (Rabu)

 

Khemah Powered Kids " I Am Royalty" dan Kelas Perlengkapan "Survei Perjanjian Baharu & Pelayanan Pelepasan" akan ditunda ke suatu tarikh yang akan dinyatakan.

 

【Kebaktian dan Seminar Kesembuhan bersama Paul Rapley】


Kebaktian dan Seminar Kesembuhan bersama Paul Rapley akan berjalan pada 20-21 Mac (Jumaat-Sabtu). Sila daftarkan nama anda di meja belakang.

 

【Larian Amal Pusat Bimbingan Alternatif Grace】


Tarikh tutup kutipan derma adalah 30 Mac (Isnin). Sila serahkan kad tersebut kepada Sis Natalie atau Sis Alicia. Pastikan anda tidak menghilangkan kad derma tersebut.

 

【Pertemuan Pemimpin CG dan Komuniti (Eng/Chi)】


Tarikh: 16 Mac (Isnin)

Masa: 7.30 malam,

Tempat: Shammah Hall


Kepada semua pemimpin CG yang memahami bahasa Inggeris dan Cina, anda digalakkan untuk mengikut pertemuan ini.

 

Kini para jemaat dapat mendengar Firman Tuhan yang dirakamkan pada kebaktian umum di mana-mana sahaja. Sila layari laman sesawang “Sound Cloud” atau muat turun Aplikasi “Sound Cloud” dalam telefon pintar anda.

 

【Aplikasi Boost】


Sekiranya anda ingin membuat pembayaran wang persepuluhan, sila 'screenshot' pembayaran persepuluhan anda, dan hantarkan ke email: jinchai@ccctawau.com . Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh berjumpa dengan Sis. Natalie dan Sdr Aaron.


Maklumat ini hanya sekadar pengetahuan sahaja.


 



288 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page